Majlis Perasmian Program Pahang Teknologi Revolusi Expo (Trex) dan Sesi Temu Bual Bicara Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang

  • Diterbitkan pada 20/12/2025
  • 85 klik

Majlis Perasmian Program Pahang Teknologi Revolusi Expo (TReX) dan Sesi Temu Bual Bicara bersama YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang telah berlangsung di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Penganjuran program ini bertujuan menjadi platform strategik dalam memacu perkembangan teknologi, sains dan inovasi di Negeri Pahang selaras dengan agenda pembangunan ekonomi berteraskan teknologi dan pelaburan bernilai tinggi.

 

Sesi temu bual bicara yang diadakan turut memberi ruang perkongsian pandangan berkaitan hala tuju pembangunan teknologi, inovasi serta peranan sektor perindustrian dalam memperkukuh daya saing negeri ke arah pembangunan mampan dan berdaya tahan.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my