Sesi Bual Bicara bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang

  • Diterbitkan pada 19/12/2025
  • 84 klik

Sesi Bual Bicara bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff telah berlangsung di Pahang Teknologi Revolusi Expo (TReX) 2025, hari ini.

 

Perbincangan memberi tumpuan kepada pembangunan bandar pintar, dengan penekanan terhadap peranan teknologi dalam meningkatkan kecekapan pengurusan bandar serta kualiti hidup rakyat.

Turut dibincangkan ialah potensi penggunaan tenaga solar dalam sektor perumahan sebagai antara langkah ke arah pembangunan yang lebih mampan dan mesra alam, seiring dengan aspirasi pembangunan hijau Negeri Pahang. Inisiatif ini turut menyokong prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi memastikan penyediaan perumahan mampu milik yang bukan sahaja selesa, malah lestari untuk jangka panjang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my