Majlis Perasmian Program Smart Technology Towards Smart City sempena Pahang Teknologi Revolusi Expo (TReX) 2025

Majlis Perasmian Program Smart Technology Towards Smart City sempena Pahang Teknologi Revolusi Expo (TReX) 2025 telah berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), hari ini.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, sebagai manifestasi komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkukuh agenda teknologi pintar dan pembangunan bandar mampan.
Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, YH Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim, YH Dato' Hajah Aida Munira binti Abdul Rafar, Pengarah Tanah Dan Galian Pahang, YH Dato' Khairun Nissa binti Aris, SUB Bahagian Kerajaan Tempatan, YH Dato' Kamarul'Arifin bin Ahmad @ Abd Rahman, Pegawai Pelaburan Perniagaan Negeri Pahang dan Datuk Bandar Kuantan, YH Dato' Zaliza bin Zulkipli.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) turut mengambil bahagian dengan membuka booth pameran selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Disember 2025, bagi berkongsi maklumat serta memperkenalkan Skim Perumahan Negeri Pahang kepada orang ramai.
Penyertaan ini menjadi platform interaksi langsung bersama pengunjung, selain memberi pendedahan berkaitan peranan LPHP dalam menyokong agenda pembangunan bandar pintar dan perumahan yang lebih terancang.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program ini dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.