Majlis Penyerahan Kunci Rumah PR1MA Pahang Kuala Lanar Indah Jaya dan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Daerah Lipis
LIPIS, 28 SEPTEMBER 2024: Majlis Penyerahan Kunci Rumah PR1MA Pahang Kuala Lanar Indah Jaya dan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Daerah Lipis telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Sebanyak 100 unit rumah PR1MA Pahang dan 25 unit Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 telah diserahkan kepada penerima.
Turut hadir dalam majlis ini ialah isteri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, YBhg Datin Sri Diraja Hajah Burhah Mohammad, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, YB Dato' Haji Mustapa Long, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), YH Dato' Ahmad Islanizam A. Halim, Pegawai Daerah Lipis, YH Dato' Mohd Hafizi Ibrahim, serta wakil pemaju projek PR1MA Kuala Lanar.
Penerima kunci rumah menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas penyerahan ini. Diharapkan agar kediaman baharu ini menjadi sumber kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarga masing-masing.